Wednesday, April 15, 2015

KUAZ



View of Kolej Kediaman Ungku Aziz's office

last updated - 19/8/15








KUAZ
Kolej Kediaman Ungku Aziz
or 
KK11


Kalau kamu pernah baca blog senior2
Mereka tinggal di KK12
yang bangunan dia mcm kondo 
ada tasik and itik
1 bilik 2 orang
pergi bangunan PASUM 5 minit je


BUT
jangan sedih
KUAZ pun takde kurangnya
Masa MSKP 15/16 ada parents yg marah2 kerana bilik kecil dan sempit
Saya berasa agak kecewa juga parents marah2 mcm tu
At least bersyukurlah kerana pihak UM menyediakan tempat tinggal
Kalau tak suka dari awal jgn pilih PASUM jgn pilih UM


Kenapa kena pindah ke KUAZ ?
Asalnya, KUAZ mmg khas dibina utk pelajar PASUM
tetapi disbbkan oleh pelajar ijazah yang ramai
jd KUAZ terpaksa 'dipinjamkan' kepada pelajar ijazah
Skrg, KUAZ telah secara rasminya dipulangkan kpd pelajar PASUM
Batch 14/15 merupakan batch pertama menginap di KUAZ







BLOCK

*So di KUAZ ni... ada 4 block
A B C D
 Block A & D - Perempuan
Block B & C - Lelaki

*semasa batch 14/15
Block C didiami oleh perempuan manakala Block D oleh pelajar lelaki
tetapi ditukar pd batch 15/16
sebarang perubahan tertakluk kpd pengurusan kolej kediaman


1 block 4 tingkat
tiada lif disediakan so naik la tangga ye


Struktur bangunan block A B berbeza dgn struktur bangunan C D
di mana block A B ada tandas di setiap 'cube'
 setiap 'cube' ada 4 bilik
manakala block C D perlu berkongsi tandas dgn kawan2 satu aras
Tak faham?
Takpe dah masuk nnti tahu la :P


Di setiap block telah disediakan kemudahan
aras 2 surau
aras 3 and 4 bilik study
so kpd bakal2 junior yg akan duduk kat KUAZ
jgnla nak conquer meja kat bilik study tu mcm bapak kau punya
time kat pasum dulu geram je tgk diorang conquer meja study dan tinggalkan buku2 and brg kat situ


setiap floor ada mesin basuh
sekali basuh RM2 yea ~
so lepas ni sila sediakan duit syiling and duit RM1 byk2
seterika kuno setiap floor ada
seterika tu sgt kuno and berat and whatever
kenapala kuaz tak nak tukar semua seterika tu
tak mahal pun seterika skrg
FYI seterika tak boleh bawa
tp ada jugak budak bawak sendiri
cerek / water heater / water refill juga disediakan


Di sini saya berharap pihak pengurusan KUAZ dpt
1. mmbetulkan plug2 yg rosak
2. menukar semua seterika kuno kpd seterika yg lebih baik dan jimat elektrik
dan lain2 takpelah saya dah tak tinggal kat kuaz pun :P


Block A perempuan KUAZ

Block C lelaki

Vending machine di block A

Water refill machine


Seterika kuno
credit : @_just_tan





BILIK

360 view

(pls scroll down for more pics)

 1 bilik 4 orang
katil double decker
Cadar bebas nak corak apa warna apa
sini universiti bukan asrama lg
dpt katil bawah tak semestinya untung dpt katil atas pun tak semestinya untung
why?
sbb di bilik ni dia ada satu kipas siling je
dan ada kedudukan katil tu dia jauh dpd kipas siling tu
mmg rasa panas la kalau nak tidur kalau tak rasa kipas
lg malang kalau kipas tu slow and steady je walaupun buka 5
so kalau nak turunkan tilam and tidur kat lantai pun ok
nak bawak kipas meja pun boleh tp dikenakan bayaran oleh kuaz
harga dah lupa but masa daftar nnti pihak kolej akan maklumkan


kalau anda perhatikan di katil itu ada board
itulah board utk anda tampal notes sticknotes jadual or whatever
I never use the board sbb saya prefer board letak di dpn meja
sbb saya study di meja bukan atas katil
Kalau kamu hendak bawa board sendiri yg kecil no problem
tp masalahnya ada bilik dpn meja tu tingkap bkn dinding
kalau dpn meja tu dinding at least boleh juga tampal board anda sendiri
Anda boleh bawa kertas pembalut or kertas warna utk hias board anda
Ada kes yg certain katil takde board
anda boleh reportkan masalah di kpd pejabat kuaz sewaktu pendaftaran


Meja
ok la
tp kecil sikit 
nak letak buku and tutorial pun mcm tak cukup
(maybe buku saya yg byk sgt kot)
(I know meja kat KK12 KK6 KK8 besar T_T)
so bg sesiapa yg nak bawa meja kecil yg boleh lipat dan duduk bawah pun ok
laci dia pun ok juga boleh sumbat byk brg
atas meja ada rak kecil utk letak buku/brg
and kat bilik tu pun ada extra rak kecil kat dinding utk letak brg.
So boleh budget2 la nak bawa bape byk brg lepas ni
(scroll down to refer pics)
Boleh tak kalau saya nak bawak rak buku saya sendiri?
Saya sarankan tak payahla
cukupla rak yg ada
kesianla bilik tu dahla kecik


Locker?
saya sarankan
jgnla bawak baju sampai byk sgt
sbb locker dia kecik je
nak gantung baju pun rasa mcm tak muat
(baju saya kot yg byk =.=)
kecik mcmmmana?
scroll down for the pic
For your information
pls bring your own mangga kecil utk kunci locker
yg size kecil dah cukup
Besides mostly bilik tidak providekan cermin
so anda disarankan utk bawa cermin sendiri
kecil pun cukup la
kalau tak guna cermin besar kat tandas / koridor


Besides tak semua bilik ada tikar
so anda boleh bawa tikar anda sendiri
Pelajar juga disarakan utk membawa extension wire


Boleh tak saya pilih roommate saya sendiri?
Boleh
Dgn syarat masa pendaftaran kamu hendaklah daftar bilik bersama2 dgn kwn kamu


Nanti time daftar dia penuhkan tingkat atas dulu ke bawah dulu?
I don't know
Terpulang kpd keputusan pengurusan KUAZ
doa la agar2 dpt bawah
(saya dulu dpt tingkat bawah~~~~)



My room at C107


room's view

room's view

room's view

room's view

Locker




CAFE

makan pagi tghhari ptg malam 
nak makan apa
icecream wafer chicken chop bla
semua ada
dan sedap2 belaka
(sebab tu la saya masuk KUAZ makin gemuk lol)


Total 5 gerai + 1 kedai icecream baru
Waktu operasi basically 7am - 10pm
Ada gerai yg buka awal dan sediakan sarapan
Harga pula berpatutan (harga student la katakan)
Cthnya kuey tiaw goreng mamak only RM3.50
Tp tak tahu la kalau dah naik harga ke tak


Ada kedai baru yg ada jual icecream wafer jagung etc
Tp malangnya saya tak sempat utk ambil gambar gerai tersebut semasa mskp15/16
dan saya tiada gambar 'full' gerai2 di cafe
harap anda boleh terokainya sendiri


Besides ni ada 2 nasihat dpd saya
1. Slps makan tu
pinggan cawan tlglah masukkan ke dlm tray2 yg gerai tu dah providekan
and sampah tlgla buang ke dlm tong sampah
kdg2 kalau ada nmpak pinggan ditinggalkan tu
apa salahnya tlg angkat dan masukkan ke dlm tray
kalau nmpak sampah tu apa salahnya tlg buang
apa guna kalau belajar pandai dpt straight A kalau benda simple mcm ni pun tak boleh buat?
Nama je bdk straight A bdk pasum tp hakikatnya pinggan cawan sampah pun tak geti nak uruskan

2.Utk bungkus makanan
mmg pihak kedai akan guna polystyrene plastic etc
tp apa salahnya kamu bawa tupperware or bekas mknn kamu sendiri utk bungkus mknn?
Yes I practice this !
Kata bdk science belajar tntg ecology nak jaga alam sekitar
tp kalau bab bungkus mknn pun guna polystyrene guna plastik
Pelajar science apa tu?



Nanti dah masuk KUAZ, mesti kenal abang cafe ni
ps - kuey tiaw goreng mamak kat gerai ni SEDAP !





KOPERASI

Koperasi ini terletak di cafe juga
Semua keperluan ada di koperasi ni
makanan minuman sabun alat tulis etc
masa MSKP 15/16 pun nmpak pihak koperasi ada jual
mop penyapu bantal baldi etc
So diharapkan para fasi akan dpt mmberi surat kpd koperasi setiap kolej
utk jual brgn keperluan sprt bantal mop penyapu and etc pada hari pendaftaran
nnti pelajar2 yg jauh2 tu tak payah la nak bawa byk brg sgt











KEDAI PHOTOCOPY

For your information
Lecture notes semua akan dijual di kedai photocopy
So anda tak perlulah nak bawa printer sendiri
kesian bilik kat kuaz tu dah la kecil
Di samping itu khidmat print / photocopy etc
juga terdapat di kedai ini
gambar takde harap dapat terokai sendiri




KEDAI TOPUP


Saya tidak akan menjelaskan kedai ini dgn terperinci kerana
kedai ini baru shj dibuka slps MSKP 15/16
dan saya tidak pasti apa yg trdpt dlm kedai ini
Brg yg dijual trmasukla powerbank etc dan khidmat topup



KEMUDAHAN LAIN

Dewan
Tennis court
dewan serbaguna
bilik2 mesyuarat
surau
etc


Tennis court

Dewan KUAZ
during preparation week MSKP 15/16





WIFI





Mulai tahun 2015
Anda perlu username dan password utk menggunakan wifi um


Mana saya nak dpt username dan password?
Waktu pendaftaran nnti pihak pengurusan um akan uruskan semua ni

Bila saya akan dpt username dan password tu?
Dlm 1-2 weeks after MSKP

So sblm dpt username tu saya tak dpt nak online la?
OF COURSE
so gunalah data or broadband anda sendiri ye :P
Tp takpe dlm DTC / Bgnn PASUM ada wifi free

Laju tak wifi UM ni
sometimes YES sometimes NO
sometimes lg teruk terus DOWN terus tak dpt online


Bg sesiapa yg ada data or broadband
SILA bawa
tak rugi kalau bawa





MASALAH AIR?!

Jgn terkejut
ye
di UM sendiri
kdg2 mmg ada masalah air
Tp nasib baik la saya and roommates saya
dtg dr kolej2 lain yg prnah mghadapi masalah air
so kitaorg ada simpan stok air paip kita sendiri


Sbnrnya di aras bawah
kalau kamu perasan
ada satu tangki hitam besar yang simpan air utk kecemasan
tp skrg saya sbg senior yg prihatin
saya harap agar junior2 yg akan masuk kuaz
kalau kamu ada tong2 air mineral yg dah habis
gunakan utk isi bekalan air paip utk kecemasan 





MCMMANA NAK KE KULIAH?


Perjalanan dr KUAZ ke bgnn PASUM dalam 10-20 minutes
kalau jln laju 10 min dah sampai
kalau jln mcm itik 20 mins la
and FYI
jgn bgn lambat
kalau dah trlambat tu
sah2 la mmg terlambat nak ke kelas


you can either walk or take a bus
but
berjalan kan lebih sihat ? :3
Pelajar juga boleh bawa basikal sendiri
Kereta dan motor TIDAK DIBENARKAN
Tp ada je pelajar degil nak bawak


kalau hujan lebat
especially masa waktu balik..
mmg kesian la
kdg2 tak fhm apasal diorang yg bwak kereta ni dengki sgt kat kitaorg
dah la basah hujan lebat ditambah pula basah kena 'splash' dgn diorang
so nnti avoid la lalu kat jln yg kena 'splash' tu eh ?
saya dah rasa dah
skrg giliran junior2 ye?


Walk from PASUM to KUAZ



Walk from KUAZ to PASUM
ps- saya suka lalu sini, byk pokok and boleh tgk tasik KK12

Lps ni silalah rajin berjalan kaki setiap hari! 




OUTING?


Di peringkat universiti dah takde istilah outing2 dah
di sini semua BEBAS


Apa maksudnya tu?
Maknanya kalau kamu nak keluar berjoli pd hujung minggu ke nak balik ke nak keluar mlm ke
Kamu boleh je terus keluar
tak perlulah nak lapor kat felo
(kalau di sekolah kita panggil warden, di universiti kita panggil felo)
tak perlu nak sign surat buat surat apa lg
semua BEBAS


Tp nasihat saya
kalau kamu keluar tu
elok la kalau balik sblm 11pm
After 12am gate akan tutup





A night view at KUAZ

A night view at KUAZ

A morning view at KUAZ

A morning view at KUAZ



GOOGLE MAP AND STREETVIEW

Apasal pulak post kuaz ada google map ni
Tahukah anda bahawa anda boleh explore sendiri UM dan KUAZ
melalui Google map / Google Earth dan streetview?


So lepas ni nak tgk mcmmana jln kat dlm UM  ni
mcmmana jln kat dlm KUAZ ni
sila tgk google earth dah buka streetview


KUAZ from Google map

Street view : KUAZ

Street view - KUAZ

Street view - KUAZ




KENAPA MASA PENDAFTARAN SAYA TAK DPT KK11 ?!

Hal ini kerana KK11 tidak dpt menampung bilangan pelajar yg ramai waktu pendaftaran
oleh itu sebilangan pelajar akan 'menumpang' di kolej kediaman lain
anda tidak perlu risau kalau tak dpt kk11
kerana semua pelajar pasum WAJIB menginap di KK11
dan semua pelajar di kolej kediaman lain akan pindah ke KK11


Sampai bila saya nak menumpang di kolej kediaman lain ni?
Paling cepat masa batch 15/16
pelajar pindah masuk ke kk11 pada hari sabtu slps tamat MSKP
kecuali segelintir pelajar kk12 yg pindah lambat
Paling lambat dlm 2 bulan semasa batch saya batch 14/15


Cepat atau lambat tu terpulang kpd pihak pengurusan KUAZ
kerana ada sebilangan pelajar yg menginap di KUAZ akan daftar keluar
apabila ada kekosongan pelajar dari kolej lain baru dpt dipindahkan


Mcmmana nak pindah tu?
Pihak kolej akan menyediakan khidmat bas/van utk berpindah 
ibu bapa juga boleh dtg menolong pelajar utk berpindah


Di sini saya sarankan jika pelajar yg bukan menginap di kk11
anda tak perlu bawa byk sgt brg
nnti time nak pindah susah



















1 comment:

  1. Titi Titanium SIA Bamboo Frame | Titanium Art
    The tube supplier titanium alloy frames are made of three tecate titanium stainless steel frames with a premium finish. With a single babyliss nano titanium flat iron edge, the frame is positioned black titanium ring to create an Material: Stainless Steel Frame$14.95 · ‎In power supply titanium stock

    ReplyDelete